Visitors

Monday, October 12, 2009

21st Century skills

Salam to all....
Pada tahun 2005...bila mula-mula saya menerima tawaran sebagai guru j-Qaf, jiwa saya memberontak kerana dirasakan profesion ini sesuatu yang statik...tapi hasil dari kata-kata abang saya "Cuba la......profesion guru adalah sesuatu yang mencabar.....u'll face new things everyday"...Bermula dari kata-kata itu, saya mula redha...dan pasrah menerima profesion ini....Sekarang setelah hampir 5 tahun saya sebagai guru....saya dah mula mengakui kata-kata itu...

21st century skills.....itu yang menjadi matlamat saya kepada murid-murid anak didik saya....satu sahaja yang ingin ditekankan oleh saya untuk mengubah attitude murid-murid saya. COMMUNICATION SKILLS ....bagi saya paling penting untuk disemai di dalam diri murid di samping pelbagai teori yang disumbat ke minda mereka setiap hari...

Kelemahan murid dalam COMMUNICATION SKILLS memang jelas...cuba lah kita latih mereka membentangkan hasil perbincangan murid di hadapan kelas...mereka mula menjadi tikus...walaupun sebelum ini merekalah juara menyampuk cakap guru.....

Individu yang hebat tidak akan terbit kehebatannya jika tidak tahu cara untuk menampilkan kehebatannya.....caranya ialah kehebatan dalam COMMUNICATION SKILLS....


0 comments:

 
Minima 4 coloum Blogger Template by Beloon-Online.
Simplicity Edited by Ipiet's Template